Pohon Sidr
disebutkan tiga kali dalam Al Quran iaitu dalam Surah Saba ayat 16 yang
diberitahu sebagai salah satu pohon yang tumbuh di bumi. Di dalam surah Al
Waqia’h ayat 28, ia digambarkan sebagai pohon yang ada di dalam syurga. Di
dalam surah An Najm ayat 14 pula, perkataan Sidr disebut dengan nama Sidratul
Muntaha iaitu nama tempat paling atas di langit ke tujuh yang dikunjungi Nabi
Muhammad SAW ketika Isra’ dan Mi’raj.
Sidr tumbuh
di bahagian pantai, gurun dan daerah semi-gurun. Terdapat di negara-negara
India, Pakistan, Ethiopia, Mesir, Libya, Sudan dan bahagian selatan Jazirah
Arab yang mana ia tumbuh secara meluas di bahagian timur Republik Yaman.
Pohon ini
juga sangat kuat dan berakar yang mana pohon ini telah bertahan dalam bencana
banjir Arim di Ma'rib (sebuah negeri di Republik Yaman sekarang ini)
bersama-sama dengan pohon berbuah pahit iaitu pohon Asl seperti yang disebut di
dalam Al Quran surah Saba’ ayat 16.
Madu Sidr
berasal dari lebah yang mengambil sari dari pohon Sidr yang terkenal dengan
manfaat perubatan dan memiliki tingkat antioksidan yang sangat tinggi selain
khasiat-khasiat yang hanya ada pada madu tersebut.
Semua
bahagian pohon ini bermanfaat sebagai ubat:
1. Daun:
Digunakan sebagai jamu, Shampu, mengubati kelemumur, kutu kepala, mata bengkak,
untuk membersihkan tubuh boleh dicampur dengan air suam kerana mengandungi
desinfektan dan minyak dari resin deodorant dan kaya dengan kalsium, zat
besi dan magnesium.
2. Abu kayu:
Digunakan untuk mengubati gigitan ular.
3. Buah:
Mengandung energi yang sangat tinggi.
4. Biji:
Kayadengan protein.
5. Akar dan
Batang kulit kayu: Digunakan sebagai jamu, ubat perut, hidangan pembuka dan
ubat batuk.
Menurut
Pertubuhan Makanan Dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Food and
Agriculture Organization of the United Nations), Madu Yaman Sidr SERATUS KALI LEBIH MAHAL daripada madu-madu lain di pasaran global kerana perbezaan
kandungan, manfaat perubatan dan gizinya.
Berikut
adalah kandungan gizi Madu Yaman Sidr:
1.
Carbohydrates % 63.8 21.8 25.8
2. Protein % 3.1
29.6 6.8
3. Fat % 2.2
3.9 3.3
4. Calcium
mg/100g 177 154 1270
5. Iron
mg/100g 0.6 4.4 7.2
6. Phosphorus
mg/100g 135 1090 85.4
7. Sulphur
mg/100g 94.5 1180 195
8. Potassium
mg/100g 1910 1130 673
9. Magnesium
mg/100g 56.3 301 169
10. Zinc
mg/100g 0.8 9.2 1.5
11. Copper
mg/100g 0.6 1.6 0.3
12. Manganese
mg/100g 0.4 3.5 3.5
13. Sodium
mg/100g 9 14.1 22
- Membantu melegakan ketidakhadaman yang disebabkan oleh pemakanan yang berlebihan
- Mengekalkan tekanan darah yang lebih sihat
- Mengekalkan paras glukosa darah yang sihat (sangat sesuai untuk mengawal dan merawat pesakit kencing manis)
- Merawat dan mengekalkan kesihatan jantung
- Melegakan keletihan mental dan insomnia
- Mengurangkan rasa kebas, ngilu sendi, kekurangan gris, masalah saraf terutamanya selepas pembedahan
- Merawat penyakit tulang rawan dan tisu sendi yang sering terjadi akibat peningkatan usia
- Menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru bagi pesakit kanser yang sedang menjalankan kimoterapi
- Melawan penuaan pramatang dan menggalakkan kulit muka kembali tegang, mampu merawat jerawat
- Membekalkan mata dengan nutrient dan oksigen yang mencukupi untuk mengurangkan masalah keletihan dan kesihatan mata.
- Mengawal dan merawat penyakit yang sering dihidapi kanak-kanak seperti resdung, selsema, batuk, kahak, demam, asma dan eczema.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Madu Sidr Ar Rubat Hadramawt ini boleh hubungi : Puan Norzihan 019-963 8774.
Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MSSA (methicillin sensitive staphylococcus aureus) mencapai 63%.
- Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MRSA (methicillin-resistant Staphylococcus aureus) mencapai 73%.
- Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria PA (Pseudomonas aeriginosa) mencapai 91%.
- Madu Sidr dari Hadramawt Yaman bersifat anti-bakteria, iaitu membunuh pelbagai jenis bakteria, bahkan lebih hebat berbanding anti-mikrob yang paling hebat yang digunakan dalam bidang perubatan moden pada hari ini.
Selain itu penggunaan madu ini adalah selamat tanpa kesan sampingan berbeza dengan ubat-ubatan moden yang hakikatnya merosakkan sistem pertahanan tubuh dalam jangka masa panjang.
0 comments:
Post a Comment